Thursday, 5 September 2013

Sambutan Merdeka Raya 2013

Saya tahu pasti ramai yang sudah maklum bahawa tarikh pembentukan negara Malaysia jatuh pada 16 September 1963. Hari Kemerdekaan Malaya dan negeri Sabah pula disambut pada 31 Ogos. Manakala negeri Sarawak Hari Kemerdekaan disambut pada 22 Julai. Meskipun kesemua sambutan jatuh pada tarikh yang berbeza, kolej kami ingin menyambut sekali gus hari-hari bersejarah ini termasuk Hari Raya pada 30 Ogos 2013. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara staf dan pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Setiap tahun PIBG, staf dan pelajar akan dijemput untuk memeriahkan suasana majlis Sambutan Merdeka Raya dengan menghidangkan pelbagai juadah di gerai makanan unit atau bidang masing-masing. Tahun ini Unit Bahasa menyajikan menu Laksa Penang. Walaupun KV Betong terletak di kawasan luar bandar negeri Sarawak, namun warga kolej sangat bertuah kerana masih boleh merasa hidangan dari semenanjung Malaysia dan negeri Sabah. Inilah kelebihan yang ada pada KV Betong kerana ia mempunyai ramai pensyarah yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum dan agama. Mereka berasal dari negeri lain sanggup datang jauh untuk mendidik anak bangsa di Bumi Kenyalang dan ia adalah satu pengorbanan yang sangat mulia. Bukan sahaja keadaan ini mewarnai landskap kolej kami dari segi budaya dan tradisi, malah kaya dari segi menu makanan setiap kali majlis perayaan diadakan. Saya rasa bersyukur apabila tidak perlu merantau jauh untuk menikmati rasa sebenar Nasi Kerabu, Laksa Penang atau Laksam. Semua ini mampu dirasai di sini kerana pensyarah-pensyarah di kolej bukan sahaja berdedikasi dalam mendidik pelajar, malah sangat berbakat dalam bidang masakan. Majlis Sambutan Merdekaraya tahun ini juga dimeriahkan dengan pelbagai persembahan yang menarik oleh pensyarah serta pelajar dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api selesai sahaja melaungkan "Merdeka!" tepat pada 12 malam yang diketuai oleh Tuan Pengarah sendiri. 




























P/S: Pardon my Bahasa Melayu, I know it's rusty! :p

8 comments:

  1. HeLLo Cikgu,

    So, u mengajar di kolej vokasional Betong eh? Jauh tu from Kuching.

    Bagus lah ada pensyarah yg sanggup mengajar di situ from Malaya. But ramai juga yg x nak mengajar anak bumi kenyalang. But, no harm lah. We still have many other dedicated teachers.

    Lagipula, kedatangan mereka ke Sarawak memang banyak impak. Terutama sekali makanan Malaya. Memang banyak yg sedap sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, 4 hours driving from Betong to Kuching. We do have a lot of semenanjung teachers in our school. So, we basically cakap bahasa Melayu semenanjung here. Haha... after all most of us are graduates from semenanjung universities too. It's a blessing to teach the only rural vocational school.

      Delete
  2. Wooaahh.. so you're a lecturer eh..

    Nice set of pictures you've here in this post.. and Selamat Hari Malaysia in advance.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... ya, in advance. I am teacher/lecturer. we only use the title lecturer this year since we're beginning to teach diploma students.

      Delete
  3. Wah your photos all got feelings to it. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I always wanted my photos to tell stories. Not really into the commercialised kinda photos.

      Delete
  4. I don't have the balls to go around and shoot - I suck at documentaries haha. So lady, you got balls! And your Malay is pretty good lah. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm struggling with my BM these days, especially in writing. :D

      Delete