Kuching, 7
November 2015 – Pastinya peminat tidak sabar untuk menyaksikan persembahan artis-artis
kesayangan mereka untuk Konsert ERA Sayang Sarawak diserlahkan oleh Emeron
dan disokong oleh Technology College Sarawak dengan mempersembahkan
artis-artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti penyanyi popular
Indonesia Afgan, Akim & The Majistret, Black, Stacy, Altimet, Lawa
Nie Geng, Deasy Natalina, Mal Imran, iR.Radzi, Nana Sheme, Wanie Kayrie dan
Nadhar. Buat julung kali diadakan, Konsert ERA Sayang Sarawak yang bakal
diadakan pada 12 Disember 2015, bertempat di Padang Merdeka jam 7.30
malam ingin memberikan hiburan yang terbaik buat warga Kuching.
Paling menarik dan bakal
mengejutkan warga Kuching, peminat bakal berpeluang menyaksikan celoteh
penyampai segmen Sarapan Pagi ERA fm JoHaRa Pagi ERA (Johan, Haniff dan Ray)
yang sudah lama tidak menjejakkan kaki di Sarawak! Bukan itu sahaja, sepanjang
menyaksikan Konsert ERA Sayang Sarawak pada hari Sabtu nanti, penonton
turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.
Konsert ini dibawakan
khas buat semua pendengar setia ERA fm Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada
mereka di atas sokongan yang telah diberikan kepada stesen ERA fm Sarawak
sepanjang tahun ini. Para pendengar ERA fm Sarawak dan juga seluruh penduduk
Sarawak dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dan masuk adalah percuma. Ini
juga merupakan masa yang amat sesuai buat penduduk Sarawak bagi memulakan
kemeriahan sambutan pembukaan awal tahun 2016 iaitu dengan menghayati
persembahan anak kelahiran bumi mereka sendiri.
Sebelum bermulanya
persembahan, Skuad ERA akan bersama pendengar di atas pentas untuk lintasan
istimewa dan sekaligus berpeluang memenangi barangan eksklusif ERA fm.
Dengarkan frekuensi ERA 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan layari laman
web, www.era.fm, fbsarawak.era.fm atau
ikuti Instagram erafmsarawak untuk maklumat lanjut mengenai Konsert ERA
Sayang Sarawak ini.
No comments:
Post a Comment